Wednesday, July 29, 2009
Tuesday, July 28, 2009
Hadiah dari PPA
GUA tengah sedap tido. Tiba tiba GUA terjaga. GUA tengok jam. Sudah pukul 11.30 pagi. Bising betol! Ada orang ketuk pintu bilik GUA. Punya la kuat.
GUA bangun lalu dengan mamai + rambut kusut masai lalu membuka pintu.
PPA: Ha..tido lagi..tak ada kelas ke hari ni?
Jimmy: Ah..tak ada encik (padahal GUA dah pon ponteng kelas pukul 8 tadi)
PPA: Ni bilik ke apa ni? Macam tongkang pecah.
GUA pon memerhatikan sekeliling bilik GUA..OK je GUA rasa. Roomate GUA pon cakap OK je!
GUA lihat PPA berkulit hitam itu menulis sesuatu di atas sebuah buku. GUA sangsi buku apa itu!
PPA: Nah ni hadiah buat ko!
PPA menghulurkan sehelai kertas putih
Jimmy: Erk..celaka punya PPA (dalam hati GUA la)
Ada ke patut die saman bilik GUA. Die bilang bilik GUA macm store!
Senang2 je kolej dapat duit..Melayang RM25 duit GUA! (nasib baik share bayar dengan roommate)
P/S: LU tau tak apa tu PPA? Lu pikir la sendiri
Peace!
Siot!
Friday, July 24, 2009
Benda Tak Baik, Sensored - 18 Sx !
Location: Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ)
Activity: Mencari journal PSM
Budak Baik: Jimmy, aku nak pinjam pendrive ko boleh? Pendrive aku tinggal kat bilik.
Jimmy: Boleh..Nah ambik ni! Nanti LU kena pulangkan ok.
Tiba-tiba GUA terpikir sejenak!
Jimmy: Weh, kasi balik pendrive GUA. Bahaya!!!
Budak Baik: Nape pulak Jimmy? Aku pinjam kejap je. Esok hantar la!
Jimmy: GUA lupa beb, dalam tu ada benda tak baik. LU kan budak baik.Mana boleh layan menda tak baik ni! Tak baik!
Budak Baik: Benda tak baik? Erk!!
***Siot punya Jimmy***
P/S: Sorry! GUA agak lucah! Tapi GUA memang lucah. GUA budak jahat. Layan menda tak baik. Memang tak baik! GUA sedar, GUA sudah 21 plus plus. LU pikir la sendiri!
Peace!
Wednesday, July 22, 2009
Subuh GAJAH
"Jimmy, bangun Subuh!"
Itulah teriakan roomate GUA setiap hari
"Baik boss"
GUA bangun menggeliat (argh!). GUA baring balik. Tarik selimut dan tutup tubuh GUA yang solid itu semula (kesejukan di waktu pagi). Argh..beshnya!
Jimmy: Ardy (bukan nama sebenar), nape LU tak kejut GUA bangun Subuh tadi?
Ardy: Siot LU! GUA dah kejut berpuluh kali. Tapi LU tido balik.
Jimmy: Oh ye ek! (menggaru2 kepala dgn rambut pacak GUA yang kusut masai)
Ardy: Nak kene belasah budak ni!
Itu time ada class pagi. Kalau time weekend, confirm2 GUA bangun pukul tengah hari. Subuh GAJAH GUA entah ke mana! Alah, GUA yakin LU2 (khususnya lelaki la:pompuan GUA tak pasti) di luar sana pon sama beb! Tak payah tipu GUA.
P/S: Apa cara yang boleh buat GUA mudah bangun pagi? GUA bukan apa, GUA x kesah bangun lewat n skip class. Tapi GUA sangat2 kisah kalau GUA bangun lewat and tinggal Subuh.
Baik kan GUA? Peace!
Monday, July 20, 2009
Gadis Chantek mulut puaka vs Jimmy Asmara gagah perkasa
Lokasi: Bus Stop Sri Putri
***Gadis Chantek mulut puaka vs Jimmy Asmara gagah perkasa***
Gadis Chantek : Bang, abg hensem la.Badan solid, rambut pacak, mata stim (kuyu), leher jinjang.
Jimmy Asmara : Iye ke? (pura pura tanya sambil tersengih2)
Gadis Chantek : Iye bang. Tapi sayang! Satu je yang pelik!
Jimmy Asmara : Apa die?
Gadis Chantek : Kepala abang tu punya la besar!macam buah tembikai. (sambil ketawa!)
Jimmy Asmara : ?? ( terkelu! sial punya gadis)
GUA tak kesah apa orang cakap. Yang penting GUA adalah GUA dan LU adalah LU. Janji GUA gumbira. GUA berkepala besar tapi GUA tetap kacak. Peace!
Sunday, July 19, 2009
GUA adalah GUA, LU adalah LU
Nama : GUA (LU tafsir lah sendiri)
Nama Panggilan: Jimmy Asmara (bukan Asrama)
Umur : 21 plus plus (muda tang tang)
Location : JB (Mexico)
Hobi : Tido + melepak + memekak + layan ternet (best best)
Characteristics : Kepala besar (lihat gambar sebelah), badan solid, rambut pacak, gila gila (bukan gila babi), makan banyak, minum pon banyak, friendly beb! (x tahan GUA), baik hati, penyayang,suka tolong orang, mulut dasyat!,suka wangi dll (penat GUA mahu cite satu2)
P/s : Nak berkenalan dgn GUA lagi dalam? LU kena tanya r beb. GUA akan jawab!
Salam GUA buat LU Semua
GUA pendatang baru (bukan pendatang asing) dalam dunia blogger
GUA mulakan dengan pantun buat LU semua! Layan!